The Darlings

20.11.10

Terapi Azan bersama Dr Azhar Sarip Part 1

aawh mek rasa bertuah sangat kerana bonda mek ajak mek hadir ke kursus terapi azan oleh Dr. Azhar Sarip iteew. apakah terapi azan ini? yuolls nak tahu? marilah baca lagi dan lagi.


we olls selalu dengar azan. in fact, we olls selalu buat tak endah terhadap azan ni. pada we olls azan hanya untuk panggil orang solat semata-mata. salah!

menurut beliau, azan itu sifatnya bergelombang rendah (alpha, theta dan delta) yang menyeimbangkan gelombang dunia (beta). sila rujuk SINI untuk penerangan tentang gelombang. sebab apa, dunia kan berputar, jadi garis masa juga beredar, waktu solat juga macam tu lah. apa yang jadi jika tade azan? ingat tak masa sekolah dulu-dulu ustazah kata tanda-tanda besar kiamat ialah bila azan tak kedengaran langsung?

secara saintifik bila azam tidak dilaungkan, gelombang beta yang aktif dan negatif akan bergesel. dah takde keseimbangan gelombang dalam dunia, menyebabkan semua turutan yang Allah dah buat jadi kucar-kacir. jadi azan itu penting untuk menurunkan semula gelombang beta ke alpha, theta dan delta.

gelombang alpha otak ialah gelombang yang membenarkan we olls menggunakan akal, serta ketika we olls sedang berehat-rehat. kalau mek, pastilah ketika mek sedang baca novel, tonton TV, main pool serta piknik sama hubby terchenta.

gelombang theta pula ialah zon makbul doa. kalau otak we olls dalam theta, selalunya waktu-waktu seperti napping (tidur2 ayam, bukan tidur berdengkur macam encik hubby), solat, serta waktu we olls dilamun cinta (ehemmm takleh cerita, hal bantal selimut yang baru beli kat Ikea tadi ehemm). waktu ini, hormon-hormon seperti endorfin, serotonin, melatonin dan DHEA yang baik untuk badan we olls dikeluarkan dengan banyak. kesannya, we olls sentiasa gumbira dan sihat walafiat. oh...jadi masa mek jumpa hubby di hiway KLIA lepas race kereta dulu tu, mek dalam theta? patutlah angau je. asyik tersengih je kata ex hosemate mek. hoho!

lastly gelombang delta. masa ni we olls nyenyak tidur dan tak bermimpi. kalau tidur mengigau nama ex gefren (jeling hubby) sambil berkata "ha, merajuk? merajuklah, ingat i nak pujuk ke?" tu bukan delta ye yuolls. results daripada tidur dalam keadaan delta ni ialah, we olls bangun tak rasa letih (tapi kalau yang bergomol tak hengat tu takleh explain la..ehemm..ada audiens bawah 18 tahun, okeh)

okeylah setakat itu je untuk kali ni. nanti mek tulis lain. sebaaaab hubby ajak test bantal dan selimut yang baru beli kat Ikea tadi hiks! hubby mek sangat pemalu, cakap jela nak tido kat sofa luar! padan muka, ngigau laa pasal ex gefren lagi!!

part 2 of Terapi Azan coming soon! muah nanait!

LUPA! ni adelah azan yang paling best mek pernah dengar. Enjoyce!

1 comment:

uculer said...

komen mak ni tade kaitan dengan terapi azan u'olls (btw, nice. nnt i lempang sepupu-sepupu mak yang tanak tutup volum astro masa azan).

mak wangi oke. motif letak ucu busyuk? slander babe slander. tp slender pon boleh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...