The Darlings

16.11.10

Tips Interview, dan Salam Eid ul-Adha

bising betul hubby mek. masa mek stadi sibuk saja beri kata-kata semangat untuk terus sambung masters. tapi bila dah selesai jawab exam ni bising suruh cari kerja. sebabnya? sebab setiap hari mek call dia beberapa kali cuma untuk beritahu dia mek bosan. haha!

hotel? restoran? kamon, mek nak kerja di petronas, dua bulan lagi boleh pakai Bentley idaman   (jeling hubby). okey faaaaainn memang tak sedar diri graduan hotel mgt gedik kerja petronas. jadik tukang masak kat pelantar minyak boleh la. sanggup ke tinggal hubby hensem kat sini, Clarky ooi!

penatlah stadi, tahu? nasib baik mek tak terus apply masters sebab siapa yang apply akan kena lapor diri pada Disember. tak mengah gitu?? baru saja telan balik jeluak kat tekak menjawab final exam, kau dah kena hadap lecture lagi. adoiyai!

untuk graduan atau bakal graduan yang sedang bersungguh-sungguh mencari pekerjaan, marilah mek kongsikan tips interview. bukan, Interview With The Vampire itu cerita vampire gay yang letak muka Brad Pitt dan Tom Cruise sebagai pelaris.

1. Cover letter dan resume.
resume pernah dengar. tapi, cover letter? apakah?? cover letter ialah surat yang disertakan dengan resume, sebagai mukaddimah dan platform untuk mempengaruhi interviewer yuolls. ia ditulis dengan gaya bahasa laser straight forward dan bukan berbunga-bunga seperti penulisan cerpen dewasa. contoh cover letter boleh didapati DI SINI.

resume perlulah padat dan mantop. biar sesuai dengan nature of work yang yuolls pilih. kalau budak arts selalunya resume mereka funky. kalau bankers perlulah menunjukkan profesionalisme. tak sesuai la kalau resume banker pakai warna pink kaaan..? yuolls boleh google (kenapa perlu google? kenapa tidak yahoo atau msn? haha) saja. okey mek tahu yuolls malas nak tekan new tab atau tekan button home. yelaah..nah, klik INI tapi plis bank in RM5 seorang. upah mek cari. penat ooo...


2. Penampilan
uuh..juga perlu sesuai dengan kerja yang dipilih. lebih afdhol jika mengikut warna korporat syarikat. seperti UiTM dengan ungu dan Limkoking dengan hitam. mungkin kalau nak apply kerja di Digi boleh pakai kuning. yang penting kenalah kemas dan bergaya sikit. jangan over sudah. kasut perlu berkilat ye adik-adik, dan kena bertutup. lelaki! jangan lupa pakai neck tie. macam hubby mek takpa dia kerja dengan ayah sendiri itupun kena pakai neck tie. sorry, mek tak tolong pakaikan. tak reti. bukak mek retilah, haha! jangan lupa pakai deodoran, mekap sikit, sembur pewangi molot sikit...taktau la kalau molot longkang tu tabley nak tolong la kan...


3. Sijil
sijil SPM, diploma, MUET, degree, masters, PhD, fotostet IC, semua tuuuuu penting tuuuu....! semak betul-betul. pastikan salinan sijil dicop oleh pegawai kerajaan kelas A, bukan wah kellaaas kau, Maria!


4. Soalan-soalan lazim
satu soalan wajib yang ditanya oleh bakal majikan ialah:
"tell me about yourself."
walaupun dia tanya begitu, janganlah pula pergi jawab "my name is Siti Fatimah Rosalinda Aiyamour binti Salleh" kerana tu jawapan yang no no. mek cadangkan supaya yuolls jawab dengan memberitahu apakah sifat-sifat dalam diri yuolls yang boleh dibanggakan oleh syarikat jika yuolls diambil bekerja nanti. jawapan mek semalam ialah "oh, i am an open-minded person and love to work among creative thinkers. i love tidiness (tipu) and cleanliness (gila tipu), and am able to work in team when required (kadang-kadang)" tapi haaa...perlu ingat. jawapan mesti jujur, hokeh! nanti kalau dah kerja, majikan tak nampak pun kau clean and tidy karang..minta pelempang saja. hokeh?


5. Homework
apa? ingat nak kerja takyah buat homework? buatlah research sikit tentang background syarikat. kot la kalau ditanya kenapa nak kerja di situ yuolls jawab sebab nak menghasilkan senjata biologi canggeh padahal syarikat tu kilang buat kondom. tak naya?


ha, itulah saje yang mek boleh kongsi. mek nak beraya ni. hubby mek dah lama hon-hon skyline gtr 2010 buruk dia tuh. slama Eid ul-Adha yuolls! taa~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...