The Darlings

13.12.10

10 Perkara Duniawi Perlu Buat Sebelum Ajal

haluuuu yuools!

pekaba? sihat? hidup okey? bosan dengan hidup? kalau mati lebih menarik ke? tak kan...belum habis stadi untuk exam dengan dua malaikat dalam kubur tu. jadi untuk buat hidup lebih menarik apa kata weolls semua buat senarai apa yang mahu weolls buat sebelum weolls maut. yela, weolls semua tak tahu bila Tuhan nak tarik nikmat hidup kan. so, live life to the fullest!

nota siku: ini adalah perkara-perkara duniawi yang mek nak sangat buat sebelum ajal. hihih!

1. Ambil Lesen Memandu
ah okey go on gelak la mek tade lesen..gelak la..mek pernah ambik tapi kantoi tang jalan. makcik JPJ tu punya pasalla! tade orang suruh beliau jadi garang. kalau beliau baik kan senang je mek lulus. lepas frust tu dah malas nak ambil balik dah. heh! tengoklah bila sampai hidayah mek sambung balik lesen tu.


2. Beli Nissan Skyline GTR
...dan race. hahahaha! I have a Daniel to thank for :p


3. Ada Sebuah Kafe Sendiri
 ouh mek nak sangat-sangat serve cheese fondue kat situ!


4. Kahwin
eheh. eheh. ni sape taknak kan? hihi!


5. Beli Banglo Lakeview di Setia Ecopark
beeeeeeeeeeeeeeeeeeeautifull!!!


6. Belajar Architecture 
cita-cita mek nak jadi architecture tak pernah padam seperti papadom, okey? mungkin akan Hijrah Ke London bak lagu The Changcutters. atau States. hey, kenapa tak ke Itali saja? hmmm


7. Publish Buku
antologi cerpen mek, serta antologi puisi mek. ah dan nak sangat tulis novel tapi tak pernah siap sebab writer's block sangat besar, lebih besar dari wilayah Celcom.


8. Belajar Tango
wahah romantik sungguh kalo dapat dansa dengan lelaki tersayang. maklumlah kan tango kan sangat....intim? hehe.


9. Jadi Fotografer
yeeees, apart from literature and architecture, mek minat gila lah fotografi! sekarang sedang menabung nak beli DSLR, occay!


10. Kurus
hahaha. ni azam setiap tahun. yes. kurus. taklah kurus mana tapi kalau jadi macam Amber Chia tu pun cukuplah. tsk!
peewit!


apa list yuolls?

2 comments:

Rizai Reeani said...

Wah, saya doakan semoga berjaya dapat apa yang diimpikan. Amin... :)

Saya pula tak cukup nak senarai sampai 10. Sampai esok baca pun tak habis list saya tu. Hehehe...

Clarky Afif said...

eh ridh, sebenarnya banyak lg tapi yg lain rahsia.
:p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...