The Darlings

27.1.11

8 Langkah Membeli Baju Kurung Dengan Bijak

hai yuolls!

hehe sepatutnya buat segmen Speaking Broken London hari ni tapi entah kenapa niat tak terlaksana, macam nawaitu aku nak keluar piknik ke Broga tiba-tiba hujan rintik-rintik air nafsu bergelora pula. hik hik! jadi kerna nawaitu pertama dah terbantut haruslah kita ada plan B. 

pada Chinese New Year tahun ini seorang lagi kazen aku akan kahwin. warna tema kenduri pihak perempuan ialah kuning manakala di pihak lelaki warna biru jadi idaman. emak saudara aku dah bagi fabrik broked sutera biru untuk dibuat baju cheongsam tapi memandangkan body aku terlalu seksi untuk pakai cheongsam hingga menimbulkan fitnah, jadi aku nak pakai baju kurung jelah.
cheongsam ni agak kg(dot)com sebab tu tak jadi buat

untuk yuolls yang baru nak berjinak-jinak pakai baju kurung, mari baca tips membeli baju kurung baru langkah demi langkah. lagipun esok dan lusa cuti, yay! boleh shopping yay!

Langkah Pertama
telefon teman lelaki atau kejutkan suami dari tidur pada jam 6:00 pagi untuk solat Subuh. pada jam 6:30 pagi selepas solat bagitahu beliau yuolls nak ajak theyolls keluar jam 9:00 pagi nanti. kalau kat KL waktu macam tu dah okey tapi kalau yuolls kat Penang harus keluar tengah hari sebab kedai baru buka.

Langkah Kedua
telefon atau bagitahu theyolls rancangan yuolls selang setengah jam. ingat, lelaki mudah lupa.

Langkah Ketiga
untuk mengelakkan kelewatan dan seterusnya menyebabkan teman lelaki/suami yuolls merajuk/marah sampai tak nak keluar, sila bersiap sejam lebih awal. gosok baju kalau boleh malam tadi.

Langkah Keempat
masuk ke dalam kereta. setelah teman lelaki/suami memandu kereta ke hiway baru yuolls bagitahu yuolls nak shopping di  mana. berhati-hati, mungkin theyolls akan mengamuk. dalam perjalanan komplen tentang rumah (eg: cat rumah tak matching dengan stokin yuolls) atau main tukar-tukar stesen radio. kalau ada lagu kegemaran, nyanyi kuat-kuat. tak hafal lirik pun tak apa, boleh nyanyi di korus saja.bila dah sampai dan kereta dah parking di tempat sepatutnya, komplen lagi sebab selalunya kereta itu jauh dari pintu masuk shopping mall. tarik tangan teman lelaki/suami dan pegang kemas kalau theyolls yang nak belanja. kalau pakai duit sendiri yuolls boleh berjalan renggang-renggang.

Langkah Kelima
jangan tuju terus ke butik baju. sebaliknya pusing-pusing dulu. belek handbag atau kasut. tunjuk semua benda di shopping mall. komplen tentang budak-budak sekarang pakai jeans londeh, pakai G-string kat dalam pula tuh. kalau ada panggung wayang, ajak theyolls tengok wayang dulu. sebelum beli tiket wayang bertekaklah untuk mempertahankan cerita yang yuolls nak tengok. kalau masih berdegil beli tiket asing-asing. Green Hornet untuk yuolls (JAY CHOU!!!!!) dan Paranormal Activities 2 untuk theyolls. lepas tengok wayang bolehlah ajak makan tengah hari.

Langkah Keenam
masuk ke butik-butik yang menjual baju kurung. boleh juga masuk ke dalam butik pakaian Barat secara selang-seli. pilih dan cuba baju yang berkenan di hati. setiap kali cuba pastikan yuolls suruh theyolls ambil gambar untuk pastikan baju itu bukan saja kelihatan cantik di mata malah di Facebook juga. bila dah buat keputusan pergi semula ke butik pilihan hati tadi dan beli baju kurung tersebut. beli juga baju yang jatuh ke rank nombor dua, tiga dan empat di hati.

Langkah Ketujuh
sebelum meninggalkan shopping mall itu haruslah singgah untuk beli beg tangan dan kasut yang matching dengan baju kurung baru tadi. jangan lupa beli juga pakaian dalam untuk tambah stok. suruh teman lelaki/suami pegang semua beg shopping sebab yuolls perlukan tangan yang kosong untuk belek tudung, brooch atau tunjuk-tunjuk ke kedai emas.

Langkah Kelapan  
suruh teman lelaki/suami pergi ambil kereta sambil yuolls tunggu di pintu masuk shopping mall. dalam kereta bincangkan tentang bakal pasangan sepupu/kawan yuolls. kalau masih tak puas hati dengan hasil belian atau masih tak jumpa yang berkenan, ulang dari langkah keenam di shopping mall lain.

ha...fuh! senang kan? selamat shopping dan toodles!

2 comments:

Valossa Vicious said...

Kalau lemak sudah di luar kawalan (I believe it's a responsibility if one decides to wear fitting clothes):

1. Jangan pakai baju kurung macam sarung nangka.
2. Jangan pakai baju kurung macam sarung nangka.
3. Jangan pakai baju kurung macam sarung nangka.

Clarky Afif said...

Valossa: uh...ayat kopipes!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...