The Darlings

29.12.10

3gp Melayu Suami Isteri Terlampau

halu!

orang Melayu kan, kurang romantik betul tak? masa bercinta saja pegang-pegang tangan, berpeluk sakan siap buat video 3gp Melayu Bogel lagi. oh maksud aku 3gp Melayu Boleh. hihi! hey tak baik fikir lucah tau! itu typo je, malas nak backspace.

so jadi lepas balik dari Texas yang agak sejuk itu, hubby dah jadi terbiasa jadi kepompong selimut. aduh penat sungguh nak kejutkan beliau. jangan mati sudahlah. rumah dan kereta belum tukar nama lagi, darling! lepas tulis surat wasiat bolehlah. huhu! oh ye jauh merapu. yang sebenarnya aku nak kongsi ialah tips untuk membahagiakan suami setiap hari. mula dari beliau bangun tidur. sebelum tidur pun aku tahu kita perlu bahagiakan beliau juga. hiks hiks! tapi tak payahlah buat video 3gp Suami Isteri Terlampau pula.

1. Kejutkan Dengan Penuh Kasih-Sayang
"weh b bangunlah! dah pukul berapa ni awak ada meeting tahu hari ni!" ialah ayat aku setelah tiga kali kejut dengan sopan (baca: bagi salam sambil goyangkan ibu jari kaki beliau) tapi selalunya beliau tak bagi respons lagi. beliau akan respons dengan ayat "bangun b...bulan depan nak upgrade Nissan Skyline awak dan saya nak beli kasut Jimmy Choo itu." sambil aku menghulurkan pisau mentega ke arah leher beliau. 


2. Sediakan Sarapan Pagi
ingat, menyediakan sarapan pagi bukanlah istilah bila kau tuang susu dalam mangkuk kemudian tuang cereal. at least sediakanlah poached egg dengan toast ke, garlic bread dengan mushroom soup ke...kan Kimball ada? layanan pula haruslah lemah gelamai. 
"Bahasa Melayu awak gagal ke dulu? apa gelamai-gelamai ni?" hubby tegur.
"eheh. typo lah. tu pun nak berkira la dia ni!"aku balas sambil tuang kopi beliau.
"mestilah berkira! kalau staff saya, dah tentu saya ragging kalau ada typo."
aku cekak pinggang. "hah ragging la kalau berani. karang saya buat kopi sepesel untuk awak. kalau Belalang kikis bontot kuali, saya boleh kikis bontot benggali lah!"
ha. bertekaklah dengan aku lagi.


3. Pakaikan Tali Leher dan Hulurkan Briefcase
aku memang suka pakaikan tali leher beliau. sebab aku yang pilih warna apa. eh kena la matching dengan baju. kalau bagi dia pilih, hentahlah apa jadi. tadi masa aku pakaikan tali leher jalur purple muda...hiks seksi! 
"lunch balik tak?"
"nope ada lunch date dengan Casandra. tu tak masuk meeting dengan awek-awek saya yang sebundle tu." 
"amboii ramainya awek. tukar-tukar macam tukar pampers! beli kat bundle pula tu." aku kemaskan tali leher itu. 
"yelah, buat apa nak simpan lama? sebelum bocor pampers kena tukar dah." ialah ayat terakhir sebelum aku menampar pipi beliau guna briefcase Mont Blanc itu. harhar padan muka.


4. Sediakan Makanan Kegemaran Suami
lagu My All kedengaran jam 5 petang dan nama Hubby Busyuk tertera. "babe, malam ni kita keluar makan nak tak?"
"makanan kat restoran bukan sedap pun. awak nak makan apa b? saya masakkan?"
"erm...awak nak masak apa?"
"sandwich telur. harharhar!"
"mangkuk!" 
padan muka aku.
sebenarnya tak susah masak untuk hubby aku ni. dia suka ketam, dan dia suka black pepper. apa lagi...ketam black pepper laaaaa...


5. Bersolek Untuk Suami
kena bajet jam berapa hubby nak sampai ke rumah. kena bersiap, mandi, pakai cantik-cantik, bersolek dan berwangi-wangi bau Kenzo by Kenzo. sambutlah beliau dengan senyuman dan jangan tanya bagaimana kerja hari ni. silalah tanya kalau nak kena lempang. instead, tanyakan...
"erm...b, nak main tak petang ni?" gesel-gesel sedikit pada badan suami.
"hehe meoow you know how to please me!"
"of course!"
lalu kami ke sofa. takpe, tak ada orang di rumah. Sarah pun masih kecil tak faham apa-apa. sebentar kemudian terdengar jeritan kami sahut-menyahut, bergembira. 
"ahahaha! bayar la...dah lalu tanah orang!" 
"ala kepoci, baru beli satu tanah dah bising. nah $200! cepat jalan. bising jelah!" aku hulur dadu Monopoly.

haha! kalau aku rakan saat indah tu pastilah aku namakan 3gp Suami Isteri Terlampau. senang tak nak layan suami anda? senang kan? selamat mencuba!


p/s: Malaysia vs Indonesia. aku sah-sah sokong Malaysia. hubby sokong mana doh? you are half Malaysian-half Indonesian? still nak sokong Spain ke? harharhar!



5 comments:

MATAHARI said...

wow. ini aku gelar isteri idaman.

clarky said...

yeke? masuklah meminang
hahaha

MATAHARI said...

pinang kau? hehe

Clarky Afif said...

kau nak pinang kucing aku ke?
kehkeh!

MATAHARI said...

hehe. kucing. boleh lah. tapi kucing aku gay pulak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...