The Darlings

8.1.11

Resipi Penambat Perut Suami

halu yuolls!


hubby pandai komplen ye...bosan dengan kuih kat gerai. amboi amboi amboi...beliau ingat aku kat umah ada masa ke nak buat kuih ha? aku sibuk tau! aku sibuk menulis, sibuk kemas rumah, masak ketam black pepper untuk beliau.  tu pun beliau tuduh aku malas buat kuih.

"apa guna awak jadik graduan hotel school kalau awak tak ...." adalah ayat stended beliau bila nak kutuk aku.

so so what la kan...pagi tadi aku kukus dan hidanglah pau kari daging dan pau kaya untuk beliau. hello...makan habis, okey! siap puji melangit pau daging sedap. apatah lagi bila makan sama kopi. syok oooo dah la pagi tadi sejuk. kihkihkih! dua biji pau dah beliau paw dari pinggan, boleh lagi tak perasa sesuatu. masuk pau ketiga beliau mula belek-belek dan tiba-tiba mata beliau bulat macam lampu bontot Skyline GT-R35.

"HAH?! YIK MUN THE FAMOUS TANJUNG MALIM PAU??"

Yum!
hahaha! bantai gelak lah. aku tak tipu, tak cakap pun aku buat pau tu. dia yang perasan sorang-sorang. thanks ayahanda aku sebab belikan pau ni dari Tanjung Malim masa site visit. kehkehkeh!

so gonna put the signboard AWAS SUAMI GARANG at the gate.

haha!

1 comment:

Valossa Vicious said...

Serius kelakar gambar macik kat bungkusan tu. Agak kurang memberasangkan selera di situ. Sedap eh?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...