The Darlings

24.12.10

Lumba Kereta Sempena Krismas di Texas

hai yuolls!

terer tak aku tulis blog sambil menampar nyamuk? oh sheet, sekor dah injek aku di lengan!! baik, baik kita proceed saja. demi blog dan duit nuffnang akak redho.

anyway aku sedang bercuti di Texas. cuaca? hehhh! mana ada salji kat Texas. hujan ada lah. tak payah berangan nak white Christmas kat sini. hubby aku pun jeling semacam saja. yelah, sudahlah jauh nak jumpa datuk nenek aku, hujan pula. nak piknik pun tak boleh. si Sarah anakku (tak faham? rujuk artikel ini) dah bersin-bersin. merajuk tak dapat mandi air terjun di reservoir. okey tipu. yang tu aku. hihi!

oleh sebab hubby tersayang seorang street racer himself (kalau kat KL dan kawasan sewaktu dengannya yuolls nampak je Nissan Skyline GTR model 2010 kaler hitam tu dia lah) jadi dah terbawa-bawa pada aku pulak. petang tadi dengan bersenjatakan Gallardo dan beliau memandu Elise kami berlumba melepaskan gian. peeergh memang citarasa lah bila boleh tembak NOS. kah kah! polis pun kami kejar!

cun kan?

tiba di satu selekoh aku mahu drift baek punya, tiba-tiba Sarah menangis.apa lagi terjerit-jeritlah kami dari kereta masing-masing.

"you, susu Sarah, please!" hubby jerit sambil cekap mengawal stereng
"no, it's your turn!" aku balas.
"fine!"

butang Esc ditekan sebelum kami o-som. masalahnya tangisan Sarah lebih kuat jadi kami tinggalkan Need for Speed di laptop masing-masing dan berlumba mendapatkan Sarah pula.

haih. Texas is okay. yang penting dapat bersama keluarga tersayang kan. hihi! maklumlah Texas ni jauh. berbaloilah travel 10 jam naik kereta nasib baik tak patah pinggang kan? ehh! adakah aku taip Texas lagi? ah typo lah tu, lagi dan lagi padahal aku balik Kelantan je haha!

till then toodles! :D

2 comments:

KizZ said...

Haha...lumba-lumba...baik layan band taxi..terbaik woot..

Jom sini,
Kiz Garden

Clarky Afif said...

huahaha! okeh t aku ke sana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...