The Darlings

18.12.10

Waktu-waktu Termakbul Doa

assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

bertemu kali ini dengan Ustazah Sharifah Clarky Al-Afify Al-Kalantani Al-Study. baiklah. episod pertama ini ustazah ingin membincangkan tentang waktu-waktu doa senang dimakbulkan. anak-anak berdoa selepas solat tak? ada? bagus ye, barulah hidup ini dipenuhi dengan kaf.ba.ro.kaf.alif.ta.nun.

semua nak doa kita dimakbulkan betul ke tidak? Allah itu Maha Penyayang ye anak-anak, contohnya lihatlah ustazah sendiri, walaupon seksi tapi masih dikurniakan ilmu untuk kita kongsi ye. hiks hiks!

dalam kelas yang ustazah hadiri bersama Dr. Azhar Sarip, beliau memberitahu yang Allah SWT telah memberi kurniaNya yakni dalam konteks ini waktu-waktu tertentu dimana jika kita berdoa, senang saja makbulnya. kenapakah? sebabnya ialah, waktu-waktu ini persekitaran kita berada dalam gelombang Theta, iaitu gelombang rendah yang memberi ketenangan.

waktu-waktu tersebut ialah:

1. selepas azan

2. waktu Dhuha

3. sepanjang bulan Ramadhan

4. waktu hujan

jadi anak-anak, banyak-banyaklah berdoa dengan ikhlas serta sepenuh hati. ingat, jiwa OK, semua OK. 
hiks hiks, okeylah ye, ustazah pass semula blog ni pada tuan blog.

2 comments:

Valossa Vicious said...

Terima kasih atas didikan ustazah. Akan saya ingati.

Rizai Reeani said...

Semoga doa-doa kita diterima oleh-NYA yang Maha Esa... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...